Tuesday, October 28, 2008


actually we live in 4 dimension

first dimension


second dimension


three dimension


and the fourth is TIME


-BY PROF ALI-















"sometimes pictures give something that words cannot describe" -prof. Ali Hasan-

Saturday, October 25, 2008

hadis 40 dari hadis qudsi


berkata Umarah bin Daskarah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


'sesungguhnya hambaKu itu ialah setiap orang yang mengingatiKu, di waktu dia sedang menemui lawannya( di medan perang)'

sahabat2 kalau kite ni tengah berperang kerana berjihad di jalan Allah , mestilah kite kene sentiasa mengingati Allah ta'ala dan mengingati bahawasanya operasi itu semata-mata kerana kerana kite nak menegakkan syiar Allah dan mempertahankan diri, negeri dan agama kita daripada dicerobohi dan dinodai oleh penceroboh-penceroboh yang jahat.

sebab kalau niatnya lain atau kerana sebab keduniaan tidaklah dikira sebagai mujahid yang berjuang di jalan Allah. ketika itu tidaklah ia dikira sebagai 'HambaKu' , sebagaimana dalam maksud hadis di atas.

Allah ta'ala sentiasa akan berpihak kepada orang yang berpihak kepada orang yang berpihak kepadaNya , selama niat orang itu benar dan ikhlas , tidak dicampuri maksud yang lain. haa kene hati2 lah sikit ye . check semula niat kite ni sahabat2. ketika itulah kemenangan akan dijamin oleh Allah ta'ala dan matinya dalam syahid , yang mana balasannya tiada lain melainkan syurga.

malangnya sekarang , apa yang kite alami kadang2 bertentangan sekali dengan maksud Hadis ini . Apakah tuhan akan berlepas tangan dengan kite ni yek.? ataukah ada sesuatu yang kite lakukan itu bertentangan dengan dasar ini hingga kite tidak lagi tergolong sebagai HambaNya yang sejati. yang patut menerima kemenangan , bukan kekalahan dan kehampaan. sahabat2 telitilah baik-baik dan perbaikilah mana-mana yang telah terseleweng hingga niat kita tertuju ke jalan yang benar ..


p/s : teringat kate2 seorang sahabat " bila kau bangun tidur fikirkanlah cara untuk bangunkan umat islam yang lain melebihi daripada memikirkan untuk dirimu sendiri."

Thursday, October 23, 2008


sesungguhnya musibah yang diterima adalah ujian dari Allah untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan hambaNya . baru2 ini banyak sekali kedengaran berita yang kurang baik dari sahabat2. ada yang kemalangan, ada yang dianiaya ada yang koma di hospital dan macam2 lagi. baru2 seorang sahabat ana ditimpa musibah , kemalangan jalan raya. Allah masih sayangkannya dipanjangkan umurnya untuk beramal di muka bumi ini. bila fikir semula segala yang Allah tentukan ada hikmahnya kan. untuk diriku sendiri tak tahu lagi bila , bukan mengharapkan tapi setip orang pasti diuji kan , kalu bukan dengan kesusahan dengan kesenangan.
apepun diharapkan agar sahabat2 yang ditimpa musibah ini dapat bersabar dan redha dengan kehendak Allah.

Monday, October 20, 2008

sahabat



sedih dan gembiraku Allah beri dari sahabatku , aku pun tak tau macammana nak puaskan hati sume orang , kdg2 aku rasa aku adalah sahabat yang paling tak berguna, duhai sahabatku apa lagi yang harus kulakukan agar dapat memuaskan hati kalian , sudah kucuba sedaya mungkin tetapi tetap tidak dapat memuaskan hati kalian. sedih sekali rasanya.
duhai sahabat yang sangat kusayangi tahukah kalian aku juga manusia biasa yang bisa berbuat kesalahan. tapi percayalah semua itu tanpa kusengajakan dan mungkin tanpa kusedari. tapi kenapa kalian tidak menegurku secara berdepan dan hanya di belakang. terus terang kukatakan aku tidak suka bila sahabat bermasam muka denganku tanpa ku tahu sebabnya.
duhai sahabat yang kusayangi, sesungguhnya kita sedang diuji sekarang. ku harap kita dapat bersabar. kerana makin kita diuji makin kita disayangi olehNYA. buat sahabat yang berjauh hati denganku , aku sangat sedih sekali. kuharap kalian dapat memaafkan diri yang hina ini. moga kalian tahu suatu hari nanti kalian sedar aku sangat sayangkan kalian.
duhai sahabat, hidupku tidak lama, mungkin esok , lusa aku akan pergi. jadi sebelum pergi aku ingin meminta maaf atas segala salah silapku pada kalian. moga allah tetapkan hati kita di jalan yang lurus....amin

Sunday, October 19, 2008

buat sahabat ku yang bersedih

JANGAN BERSEDIH SAHABATKU

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)

Ibnu abbas buta,& untuk menghibur hati dia berkata:
jika Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku
tetapi di dalam nurani & hatiku masih ada cahaya
Hatiku cerdik & akalku tidaklah bengkok
dimulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus.

ketika saudara Duraid,Abdullah meninggal dunia;Duraid berkata:
Aku sudah memukul kuda kerananya hingga sedemikian rupa
hingga nampak padaku warna hitam yang pekat
Pukulan seseorang yang membela saudaranya
namun dia tahu bahawa manusia tidak akan kekal
Aku rendahkan emosiku sebab aku tidak mengatakan padanya
engkau bohong dan aku tidak bakhil atas apa yang ada di genggamanku

imam syafie berkata:
Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu
dan relakan jiwamu jika qadha sudah ditetapkan
Jika qafha sudah turun di tanah suatu kaum
maka tidak ada yang sanggup mencegahnya,tidak juga bumi dan langit

Abul atahiyyah berkata:
Berapa kali sesuatu yang engkau benci datang mengunjungimu yang Allah turunkan namun engkau tidak menyukainya?
Berapa kali kita takut akan kematian,namun ternyata kematian tidak kunjung tiba?
Berapa kali kita menyangka bahawa apa yang datang kepada kita adalah satu ketentuan dan akhir dari segalanya,namun ternyata itu malah semangat baru,kekuatan dan keselamatan?
Berapa kali kita merasa bahawa jalan yang kita lalui menjepit kita,tali yang kita pegang putus,dan bentabgan cakeralewa yang ada di depan mata kita tiba-tiba menjadi gelap,namun ternyata yang berlaku adalah kemenangan,bantuan,kebaikan dan khabar baik?

"katakanlah:"Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"(surah Al-An`am:64)


changes

melangkah ke alam matrikulasi , menghasilkan suatu perubahan yang kukira besar dalam hidupku
sesungguhnya hidayah Allah itu bisa datang pada hambanya yang menginginkannya. aku bukanlah wanita yang wara' , zuhud mahupun tinggi peribadi. dulunya hidup ini ibarat kapal di lautan yang tiada arah tuju yang jelas. yang ku bisa fikir hanyalah belajar untuk mendapat kerja yang baik dan membantu mak n abah. suatu malam hari rabu yang sudah lupa tarikhnya telah membawaku ke dunia baru.dunia yang tidak kukenali sebelum ini....kuharap perjuangan ini kekal ke akhir hayat ku kerna apa yang kuimpikan adalah syahid di jalan allah....

hidupkah anda ?????


mengatakan yang kita hidup,
tetapi penuh kepalsuan,
bilamana tidak mengamalkan,
suruhan tuhan,
sudahnya mmg kita hidup ,
tetapi hidup dalam kematian hati.

hidupkah kita,
jika kita hidup,
untuk apa kita hidup?
makan?
bermain?
belajar?
tidak kisahla, yang penting suma yang kita lakukan

ADALAH DENGAN NIAT YANG BETUL KERANA ALLAH SERTA TIDAK MELANGGAR SYARIAT
ITULAH IBADAH

Saturday, October 18, 2008

Nabi Muhammaad Seorang Pedophile?

www.iLuvislam.com


Menurut Microsoft Encarta Dictionary, perkataan 'Pedophile' bererti 'an adult who has sexual desire for children or who has committed the crime of sex with a child..'. Ia bermaksud 'seorang dewasa yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak ataupun mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.'

Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi merupakan seorang 'pedophile', berdasarkan fakta bahawa Nabi mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun..

Ye ke?

Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?

1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini

Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika. Malah di Tanah Melayu ketika dulu, ramai di kalangan nenek kita yang berkahwin seawal umur 9 tahun! Bagi yang masih mempunyai nenek yang lahir sebelum merdeka, cuba tanya mereka.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.


*coretan editor: wujud khilaf(perbezaan pendapat) ulama' sirah berkenaan umur sebenar Saidatina Aisyah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Maka sama-samalah kita berlapang dada.