Saturday, October 25, 2008

hadis 40 dari hadis qudsi


berkata Umarah bin Daskarah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


'sesungguhnya hambaKu itu ialah setiap orang yang mengingatiKu, di waktu dia sedang menemui lawannya( di medan perang)'

sahabat2 kalau kite ni tengah berperang kerana berjihad di jalan Allah , mestilah kite kene sentiasa mengingati Allah ta'ala dan mengingati bahawasanya operasi itu semata-mata kerana kerana kite nak menegakkan syiar Allah dan mempertahankan diri, negeri dan agama kita daripada dicerobohi dan dinodai oleh penceroboh-penceroboh yang jahat.

sebab kalau niatnya lain atau kerana sebab keduniaan tidaklah dikira sebagai mujahid yang berjuang di jalan Allah. ketika itu tidaklah ia dikira sebagai 'HambaKu' , sebagaimana dalam maksud hadis di atas.

Allah ta'ala sentiasa akan berpihak kepada orang yang berpihak kepada orang yang berpihak kepadaNya , selama niat orang itu benar dan ikhlas , tidak dicampuri maksud yang lain. haa kene hati2 lah sikit ye . check semula niat kite ni sahabat2. ketika itulah kemenangan akan dijamin oleh Allah ta'ala dan matinya dalam syahid , yang mana balasannya tiada lain melainkan syurga.

malangnya sekarang , apa yang kite alami kadang2 bertentangan sekali dengan maksud Hadis ini . Apakah tuhan akan berlepas tangan dengan kite ni yek.? ataukah ada sesuatu yang kite lakukan itu bertentangan dengan dasar ini hingga kite tidak lagi tergolong sebagai HambaNya yang sejati. yang patut menerima kemenangan , bukan kekalahan dan kehampaan. sahabat2 telitilah baik-baik dan perbaikilah mana-mana yang telah terseleweng hingga niat kita tertuju ke jalan yang benar ..


p/s : teringat kate2 seorang sahabat " bila kau bangun tidur fikirkanlah cara untuk bangunkan umat islam yang lain melebihi daripada memikirkan untuk dirimu sendiri."

No comments: