Saturday, January 2, 2010

TAHUN 2010

Assalamualaikum ..
Tahun 2010 telah tiba , ramai orang yang meletakkan azam masing , ada yang nak beli rumah, nak beli kereta , nak belajar rajin2, nak bekerja bersungguh dan yang nak kahwin pun ada jugak. Azam adalah satu matlamat yang mana menjadi fokus pada seseorang untuk menjadi lebih baik. Tak kisahla orang nak panggil azam ke, matlamat ke, arah tuju ke fokus ke yang penting semuanya ke arah yang lebih baik.tapi ade jugak orang yang takde azam.....

Di malaysia , sambutan tahun baru tak kurang hebatnya. Namun cara sambutan tahun baru di Malaysia dilihat amat menyedihkan. saya pun pelik ramai yang berazam nak jadi yang lebih baik tapi sambut tahun baru dengan cara yang Allah murka macam bersuka ria , pakai tanduk kat kepala, konsert hiburan yang melampau2 yang lebih teruk pergaulan bebas yang sangat2 bebas, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpegangan tangan, berpelukan dan berciuman di khalayak ramai. sebenarnya apa ertinya tahun baru bagi mereka. kalau sudah di awalnya dimulai dengan perkara munkar macammana nak penuhi azam tahun baru...

Sepatutnya tahun baru di sambut dengan penuh kesyukuran kerana kita masih di panjangkan umur untuk terus beribadat dan menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Jika tahun lepas kita tidak dapat berbuat apa yang kita hajatkan( perkara baik) mudah2an tahun ini kita dapat melakukannya.

Akhir kata selamat tahun baru kepada semua pembaca, semoga amalan kita meningkat seiring dengan usia kita.

No comments: