Sunday, January 18, 2009

dari mahasiswa untuk mahasiswa

aku dah geram sangat ingatkan taknak letak pasai prk kat sini , tapi bile teringatkan sahabat2 yang dianiaya, aku mengambil keputusan untuk berbicara akan hal ini . aku tak tau dah nak cakap macammana lagi . kalau antum orang sume nak tahu kezaliman yang berlaku ni, boleh rujuk laman web ni : http://promahasiswaupm.blogspot.com/ . .. sebagai mahasiswa kita seharusnya sedar , tugas kita bukan hanya sebagai student tetapi kita adalah pemangkin kepada pimpinan negara. bukan hanya menjadi ulat buku tupun bagi yang rajin membaca , tapi setahu aku purata bacaan buku seorang mahasiswa setahun menurut sumber yang boleh yang dipercayai hanyalah 4 buah buku sahaja. antum orang sepatutnya sedar , asyik bile masuk universiti sibuk dok kata kemahiran insaniah la soft skill la . so antum orang pun masukla jadi mtm la dan sebagainya . tetapi satu yang antumorang tak sedaq itu bukanla soft skill yang sebenarnya. kerana yang memegang jawatan itu terlalu dimanjai . bayangkan , nak jadi pimpinan, di beri peruntukn beribu-ribu , dipujuk2 . ape kes??
ni kes naya anak orang ni.tapi lumrah hidup di luar lain , bila antumorang nak cari keje nanti antumorang kene buat semua sendiri. ade ke orang yang nak bekerja diberi wang sebelum bekerja??
tak kisahla antumorang dapat 4 plate ke flat ke kondo ke tapi kalau result tu tak diberkati tak guna . bukan aku nak suruh antumorang jgan belajaq . tapi aku nak antumorang tak rigid atau menjadi lembu dicucuk idung. macam lembu bile disuruh makan die makan, bile kenyang die gemuk ha dapatlah tuan die makan die balik.

lagi satu pasai biasiswa or ape yang kite dapat ni kan. jgnla rigid sgt, kate tak tau berterima kasih la tak kenang budi la n ape2 la . tapi antumorang tau dak, rezeki tu adalah ketentuan Allah. kalau Dia tak izinkan org tu memberi kita takkan dapat tau. igtla kuasa mutlak hanya pada Allah. igt suatu sirah nabi Musa a.s , firaun yang membelanya dari kecik , tapi bila dah besar dia dah tau kebenaran ,dia lawan balik firaun tu.

sebagai mahasiswa kita perlu berjiwa besar. walau apa orang buat kat kita, tahan , buktikan keimanan kita pada Allah. kadang2 aku pun rasa lemah, tapi alhamdulillah Allah kurniakan aku sahabat2 dunia akhirat. jadi dekat2 lah diri antumorang dengan orang2 yang beriman ataupun dengan orang2 yang nakkan kebenaran tertegak di bumi allah.

semoga Allah mengampuni dosaku , aminn

No comments: