Namun, ada orang yang hanya berkata-kata. Kata mereka, mereka hanya gentar kepada Allah tetapi apabila menerima ugutan dan ancaman, mereka menikus takut dan diam membisu 1000 bahasa. Orang ini disebut oleh Allah dalam firman-Nya: "Dan terdapat kalangan manusia yang menyatakan keimanan kepada Allah, tetapi apabila mereka disakiti, mereka merasakaan kesakitan itu seolah-olah setaraf dengan azab Allah”. Mereka ini jugalah yang beria-ia mengumandangkan semangat dan laungan jihad, tetapi apabila diperintahkan kepada mereka untuk berjihad, mereka kelu dan kaku. Sinis Allah: "Wahai orang-orang beriman, kenapa engkau menyatakan perkara yang tidak kamu lakukan” dan "Adakah kamu ingin mengatakan kamu benar-benar beriman walhal kamu belum diuji".
"Wahai kaumku, kita sekarang seolah-olah takutkan apa yang kita inginkan selama ini iaitu anugerah syahid. Ingatlah, kita berperang bukan dengan kita mengandaikan bilangan dan jumlah mereka, juga bukan mengandaikan kekuatan mereka. Sebaliknya kita berjuang tidak lain dan tidak bukan kerana Allah. Maka ayuhlah kita berjihad, di hadapan kita hanya terbentang dua jalan. Sama ada kita mencapai kemenangan atau kita syahid”.--Abdullah bin Rawahah
Kemenangan lahir melalui pemuda-pemuda yang mencukupi dua ciri terpenting, iaitulah keimanan dan ketaqwaan yang tinggi dan kental terhadap Allah dan kesungguhan serta keseriusan serta kerja tanpa putus. Maka, akan terlahirlah hakikat yang kita idamkan, "Menerajui Perubahan Generasi Baru Memimpin Kemenangan”. Takbir 3x!!!
ya allah redhalah akan yang aku lakukan ini . tabahkan hatiku . jgn biar aku menjadi munafik yang hanya pandai berkata-kata tetapi pengecut .
ya allah jadikanlah aku hamba Mu yang berani dalam menegakkan agamamu.
ya allah jadikanlah perjuanganku ini bukan kerana harta, pangkat dan nama tetapi semata-mata keranaMu
Ya Allah jadikan aku istiqomah di atas jalanMu.
ya Allah sesungguhnya redha Mu amat ku rindui....
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




1 comment:
btol
taujihat selalu
Post a Comment