Tuesday, March 31, 2009

pilunya hati ini

     Bismillahirrahmanirrahim

            Pada hari ahad 29 mac , saya bersama 4 orang sahabat bersama-sama menaiki komuter ke hospital Kuala Lumpur. pemergian kami pada hari itu adalah untuk menziarahi sahabat yang kemalangan jalan raya iaitu kak hazirah. berdebar juga hati ketika melangkah masuk ke HKL maklumlah setahun lebih tak pergi hospital dan juga rasa risau dengan keadaan kak hazirah. kami mencari wad itu agak lama lebih kurang sejam baru berjumpa.
             Sewaktu kami tiba di wad kak hazirah telah terjaga. sayu hati melihat keadaan beliau. setitis demi setitis air mata ini tumpah namun aku cuba untuk sembunyikan. tidak elok pula rasanya menangisi depan orang sakit. ku lihat air mata kak hazirah juga menitis dan dsapunya dengan tisu di sebelah. kulihat ibunya tenang sekali. ya allah adakah aku mampu menerima dugaan seperti nya .sesungguhnya allah memberi dugaan mengikut kemampuan orang itu.
             Kak hazirah menunjukkan besi yang menembusi kakinya, teringat waktu saya kemalangan dulu walaupun luka kecil dah menangis-nangis. saya rasa bimbang pula hendak menaiki motorsikal mengenangkan keadaan kak hazirah. kalau bukan kita yang cuai mungkin orang lain. macam orang mabuk yang melanggar kak hazirah. walau macam mana pun ajal dan maut ditentukan Allah . kalau Allah dah tentukan kita tak mampu nak halang. Apa pun terimalah dengan redha atas segala yang berlaku ke atas diri kita.
              

No comments: