Bismillahirrahmannirahim....
Di sini saya ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir kepada semua warga upm yang akan menjalani peperiksaan akhir. ujian bukanlah penghalang dalam kehidupan , tetapi ujian adalah peningkatan ke arah yang lebih baik. cuba anda semua fikir adakah sembarangan orang yang mengambil peperiksaan seperti anda, orang biotek tak amik exam orang medik dan orang veterinar tak amik exam orang bahasa. andalah orang yang istimewa, kerana ilmu itu khusus untuk anda walaupun kadang2 ilmu yang kita pelajari sekarang ini adalah ilmu yang sekular, ya memang betul sangat sekular. kajilah sendiri nanti.
Ujian meningkatkan kefahaman kita dan ingat jangan study kerana nak exam, tapi studylah kerana nak dapat ilmu supaya dapat meningkatkan ketaqwaan kepada allah. supaya bilamana kita kenal mahkluk allah ia dapat mendekatkan diri kita dengan allah. kita dapat kenal kebesaran allah. belajar bahasa pun dapat mendekatkan diri dengan allah. belajar apa sekalipun ilmu itu adalah ilmu allah.
Sebagai seorang pelajar, pastinya kita ternanti-nanti akan kejayaan yang cemerlang untuk kita, agar kita dapat pekerjaan yang baik di kemudian hari bukan? ingin saya igtkan kepada sahabat2, kejayaan dalam peperiksaan bukan penentu kejayaan kita di dunia dan akhirat. pensyarah saya pernah berkata A is not everything. namun kegagalan bukan lah penentu kegagalan di kemudian hari. tetapi kejayaan dalam peperiksaan itu adalah suatu jalan kepada kejayaan yang seterusnya. cube fahami kata2 saya.
Apa yang lebih penting adalah niat kita, dalam hadis yang pertama juga ada menyebut setiap amalan bermula dengan niat. apa pun biarlah kita belajar ini diniatkan kerana allah. teringat saya kata-kata pensyarah saya suatu ketika dahulu,'kalau kita niat kerana parents kita ke atau orang yang kita sayang, mungkin bila mereka sudah tiada kita tidak mau belajar lagi' .
seterusnya jangan lupa perkara yang selalu dingat-ingatkan oleh ustaz2 dalam ceramah yang saya hadiri iaitu USAHA, DOA TAWAKAL. itu adalah perkara asas untuk kejayaan. Tertarik saya mendengar suatu kisah tentang penjual tempe yang diceritakan oleh penceramah tersebut. rasanya agak panjang jika saya ingin tulis di sini . takpelah nantikan kemunculan post tentang penjual tempe di masa akan datang.
Sekian dahulu dari saya , maaf andai ada kata -kata yang tidak disenangi oleh anda semua . dengan ikhlas saya menulis dengan tulus hati saya mengundur diri.
wasalamualaikum w.b.t
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment