Sunday, May 3, 2009

anjakan paradigma menjadi insan terbaik

Perjalanan hidup sehari-hari memberikan pengalaman berharga buat diriku. di mana selama ini aku tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan orang2 yang hebat. Kini, aku dipertemukan dengan mereka. oleh itu aku tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil ilmu dan idea2 dari mereka.
Menjadi yang terbaik merupakan impian setiap orang. Bagiku walau apa pun keputusan yang allah putuskan untukku adalah yang terbaik.bila kita meminta sesuatu dari allah yang akhirnya biarlah yang terbaik , kerana mungkin perkara yang kita suka itu tidak baik untuk kita, dan mungkin perkara yang kita tak suka tu baik untuk kita. kita tidak mengetahui , Allah lebih mengetahui.
Menjadi insan yang positif adalah perkara yang terbaik dalam hidup kita. kuasa positif itu boleh mengalahkan perkara yang negatif. iman adalah positif , keimanan yang tinggi boleh melemahkan musuh yang goyah keimanannya. Apabila minda positif seluruh jiwa akan positif kerana minda yang positif itu akan menguasai jiwa.
molekul air sendiri menunjukkan bentuk yang cantik bila dibacakan perkara2 yang positif, ayat2 al quran, air zam-zam sendiri mempunyai molekul yang sangat cantik sekali







molekul air zam-zam


Aku yakin suatu hari nanti aku bisa menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dan sentiasa berfikiran positif. Menjadi yang terbaik juga perlu mempunyai pemikiran yang kritikal. boleh memikirkan perkara yang orang lain sukar nak fikir. tapi perkara tu mestilah yang baik. kita perlu buat apa yang orang lain tak boleh buat dan pecahkan tradisi.

Tulisan ni adalah untuk motivasiku sahaja. aku perlu menukar paradigma diri agar menjadi yang terbaik. menyerlah jauh dari yang biasa. apa lagi cuba dan cuba lagi sampai boleh. amboi semangat betul .........

1 comment:

Anonymous said...

Moga kita sama-sama istiqamah dlm perjuangan menegakkan islam...
Mujahidin!!!Mujahidah!!!
We are jundullah...
Takbir!!!
ALLAHUAKBAR...