Friday, May 29, 2009

tak habis2 nak rosakkan anak muda kita




THE SATURDAYS , inilah kumpulan baru dari london yang dikatakan akan di bawa ke Malaysia. Bagi yang berfikiran waras pasti anda tahu menimbal baik buruknya kedatangan kumpulan ini ke Malaysia. Dulu kita di gembar gemburkan dengan kedatangan AVRIL LAVINGE ke Malaysia kini datang lagi yang baru. Sehingga banyak pihak yang mempertikaikannya.Kini kumpulan baru pula yang akan muncul. Beginikah caranya anak2 muda dididik di negara sendiri. Kalau anak muda yang berada di luar negara tidak hairanlah mengapa ada segolongan antara mereka mudah terikut2 budaya barat, tetapi di negara sendiri juga anak muda kita di jajah pemikirannya dengan keseronokan yang membawa kelalaian. bila lagi kita nak sedar, datangnya budaya2 barat yang tidak senonoh ke negara kita membawa kepada kemunduran negara. Mana perginya pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan, ataukah hanya menyokong dari belakang atau lebih teruk, menjadi pendokong kedatangan budaya2 ini?...

Tidak cukupkah dengan Budaya masyarakat kita sendiri yang pelbagai, yang kadang2 juga budaya kita sendiri bertentangan dengan islam walaupun orang melayu itu beragama islam. Islam hanya pada nama tidak cukup pembaca sekalian untuk kita mendapat syurga Allah.

Bercakap tentang budaya tak habis cerita rasanya...
ape2 pun bagi yang tidak takut membuat dosa buatlah kerosakan di muka bumi Allah ini, bawaklah seberapa banyak kumpulan artis2 barat yang seksi2, menyanyi lagu yang tak bagi manfaat..dan tunggulah di suatu saat nanti azab ALLAH akan sampai.


No comments: