antara sejarah hang tuah dan hang jebat
siapa yang tahu kebenarannya ?
siapa yang tahu menilai antara yang benar2 benar atau yg benar tapi salah
di sini kita boleh mengkaji kesan2 peristiwa.di mana bagi penulis org yg betul2 berfikiran rasional sahaja yang menganggap bahawa dalam hal ini jebat adalah hero atau wira. sebenarnya hal ini bersangkut paut dengan akidah sebagai umat islam. tidak boleh bagi seseorang itu terlalu mengagung-agungkan pemerintah sehingga sanggup melanggar syariat, persoalannya kenapa Hang Tuah membunuh Hang Jebat sedangkan Hang tuah tahu Hang Jebat tidak bersalah. Salahkah seseorang mempertahankan sahabatnya yang tidak bersalah? salahkah seseorang mempertahankan kebenaran? agaknya memang lumrah kan, bila mana kebenaran itu memang sukar diterima oleh seseorang, sebenarnya antara kebenaran dan kebatilan sudah jelas, cuma bilamana ada anasir-anasir yg ingin mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri maka ada yang membolak-balikkan kebenaran itu sehingga ramai melihat kebenaran itu salah, tapi yang batil itu benar.
berbalik kepada kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, mungkin ramai yang mengatakan Hang Jebat menderhaka , tetapi wajarkah HangTuah terlalu setia pada raja yang pernah menghukumnya tanpa kesalahannya, Hang Tuah, Hang tuah. Kita memang perlu setia pada pemerintah , tetapi itu selagi mana pemerintah itu dalam keadaan yang telus dan adil.di situlah kita boleh mempraktikkan kata2 " buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. " , jangan jadi orang bodoh. kenapa orang begitu memperkisahkan jika raja yang diderhakai, tetapi bila Allah yang diderhakai, bila raja segala raja diderhakai.. kita diam, takut untuk bertindak takut untuk bersuara. Sejarah ditulis oleh orang yang menang, jebat dah mati, tuah juga dah mati. kita yang masih hidup harus memperbetulkan sejarah. bersabarlah wahai orang yang benar, jika kebenaran kisah tuah dan jebat diketahui selepas seratus tahun , yakinla kebenaran kita pasti akan disedari juga. kerana apa? kerana kebenaran itu mungkin lambat untuk ditegakkan tetapi ia adalah sesuatu yang kekal, manakala kebatilan itu mungkin berpanjangan tapi ia takkan kekal.
“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.
Monday, February 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment