11.45 pm
Penulis baru pulang dari fesnik atau festivel nasyid di kosass, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa penulis pergi ke fesnik itu sedangkan walaupun itu pertandingan nasyid tetapi banyak pergaulan bebas dengan tidak memisahkan tempat duduk antara pelajar perempuan dan lelaki, lagu2 yang di bawa tidak begitu masuk ke hati, tak syar’ ie dan macam-macam lagi.
Sebenarnya setiap sesuatu itu haruslah bermula dengan niat kalau niat kita baik maka baiklah hasilnya kalau buruk maka buruklah hasilnya. Terus terang penulis katakan tujuan penulis adalah untuk mengetahui suasana sebenar program seperti ini serta melihat sejauh mana program2 islamik di u ni menjadi saluran dakwah buat semua student dengan betul2 berkesan .
selain itu penulis juga ingin meninjau penerimaan para pelajar tentang program nasyid sama ada mereka menerima dari sudut apa dan bagaimana. Penulis ingin berada di lapangan masyarakat agar dapat lebih memahami apa yang berlaku kalau penulis tak pergi bagaimana nak tahu dan memahami apa perkara yang berlaku di kalangan masyarakat terutamanya masyarakat islam sendiri. Ingatkan tunggu sampai habis tapi keadaan masih sama seperti sebelumnya jadi semasa persembahan artis penulis bersama sahabat baik meninggalkan dewan tersebut.
Sekali lagi terus terang penulis katakan program sebegini lebih bagus dari kebanyakan program program lagha yang ada di u ni. Tahniah kepada sesiapa yang terlibat menjayakan program ini. TETAPI program sebegini juga agak tidak berkenan di hati kerana adanya unsur unsur lagha tanpa kita sedari yang sebenarnya boleh menjadi racun dalam kehidupan seharian
Jadi di sini penulis ingin meletakkan pro dan kontra yang ada pada program seperti ini.
Pro
Menyampaikan dakwah melalui lagu yang disampaikan
Menyedarkan student bahawa dalam islam juga adanya hiburan
Kontra
Campuran antara lelaki dan perempuan
Lagu yang kurang dihayati maksudnya oleh penonton
Lelaki bersolek berlebih lebihan, boleh ke?
Tepukan dan sorakan seolah-olah pertandingan karaoke.
Penggunaan gitar seolah olah pertandingan antara band.
Ini sekadar pandangan dangkal dari penulis , mungkin anda semua ada pandangan lain jadi NYATAKAN PANDANGAN ANDA KITA TENGOK YANG BAIK ATAU YANG BURUK LAGI BANYAK
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment