kita merasakan bahawa kita sudah cukup bagus?tapi kita sebenarnya hanyalah orang2 sangat kerdil di sisi allah. kita ni allah tak ukur sebanyak mana harta kita, sebanyak mana kereta kita, sebanyak mana pngk kita, atau sebanyak mana orang2 yang suka pada kita ...
sahabat2 kita ni sama ja di sisi allah . tapi apa yang membezakan sesama kita adalah ketaqwaan yang sedikit pun tidak dapat dihitung oleh manusia hanya allah yang mengetahui.
di sini penulis ingin menyatakan kekesalan terhadap fenomena2 yang berlaku akhir2 ini, tidak cukup dengan isu luar, isu di dalam kampus pula hangat diperkatakan. malam tadi bangkitlah sahabat2 pro m menyatakan kebenaran yang sememangnya benar, hanya yang tidak bermaruah sahaja akan membuat seperti tiada apa yang berlaku, hanya yang tidak bermaruah sahaja yang mengikut kesekongkolan yang ingin menutup keaiban sesetengah pihak, hanya yang tidak bermaruah sahaja yang akan menggunakan duit orang lain tanpa izin secara sesuka hati dan orang itu telah berdosa besar, ingatlah pada siapa yang tidak bermaruah itu and telah di cop satu cop rasmi berwarna hitam di hati anda.
sahabat2 mahasiswa yang dikasihi, kita hamba allah, hidup di muka bumi ni sebagai khalifah yang ingin memakmurkan bumi allah ini dan menegakkan hukum allah. tapi kalau kita dah lari dari tujuan hidup kita yang sebenar, siapa lagi kita sebenarnya, sedarla sahabat2 jangan mudah dipergunakan, jangan mudah mengikut bagai lembu dicucuk hidung, jangan gadaikan islam kerana wang, jangan gadaikan maruah kerana bangsa, tetapi bergadailah dengan perjuangan untuk mendapat redha allah. kerana lihatlah di pengakhiran hidup kita ke mana matlamat kita, mahasiswa perlu berfikiran jauh sebagai orang yang diiktiraf sebagai orang yang intelektual, bukan sekadar matlamat untuk mendapat pekerjaan yang baik selepas graduasi, tetapi matlamat terakhir dalam hidup kita, matlamat yang lebih dari segala matlamat......
sahabat2 renung2kan dan fikir2 sejenak...
kalau mana yang tidak tahu carilah apa yang sedang berlaku,
seperti kata guru saya don't be like a frog in the toilet.
berada di dalam ruang yang besar , bergelumang dengan rona rona kehidupan tetapi masih terperuk di suatu sudut, tidak mahu mengambil kisah walau busuk, walau wangi toilet itu.
'barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam, maka dia bukanla dari kalangan mereka' hadis nabi s.a.w
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment