tatapan untuk senaman jiwa,
diriku dan sahabat sekalian...
wahai diriku ....mengertilah
diriku mengertilah ,
dalam sibuk kau membicarakan soal strategi perjuangan ,
dalam sibuk kau menyusun perancangan,
kadangkala kau lupa menyemak kedudukanmu di sisi Zat yang Agung, yang keranaNya kau menyusun, mengatur dan berjihad .
terlupa kau bertanya sejauh mana keikhlasanmu , terlupa kau membelek manhajmu agar ia selari dengan manhaj rabbani yang diturunkan...
diriku.
dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain , kau terlupa membaja taman hatimu sendiri agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah , tersentuh dengan daulatNya , merasa terpikul amanah ad deen ini bukan kerana kau berjamaah , namun kerana engkau di bawah perintahNya.
diriku ,
seringkah kau mencari jalan agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya , agar sentiasa sedar akan keagunganNya , insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu,.....?
diriku ,
ketahuilah, hatimu itu keras , khusyu'mu kurang , syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya , terlalu banyak kurang dan salahmu.
diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu' dan tenang.
muhasabah lah dirimu kala sunyi, selamilah kalam2 al-quran yang kau perjuangkan , padanya ada bekalan untuk kau teus menongkah bahtera perjuangan ini.
diriku ,
pada nawafil dan amalan sunat ada jalan yang hampir
untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu ada bekalnya . pada qiamullail di keheningan malam bersama bisikan doa dan munajatmu , diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasanmu, kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya, di situ ada bekalnya.
lazimilah awal harimu dengan ma'thurat , pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie
diriku,
pada tawadhu'. pada ukhwah fillah , pada infaq fi sabilillah , pada uzlah muhasabah diri,pada zikir dan selawat , ada ketenangan dan kekuatanmu.
diriku,
ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati, hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit apatah lagi hati yang mati.
diriku,
amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan tuhanmu namun rasailah kekerdilan dirimu di hadapan kudrat dan iradatnya.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment