Monday, February 16, 2009

APA PANDANGAN ANDA

11.45 pm

            Penulis baru pulang dari fesnik atau festivel nasyid di kosass, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa penulis pergi ke fesnik itu sedangkan walaupun itu pertandingan nasyid tetapi banyak pergaulan bebas dengan tidak memisahkan tempat duduk antara pelajar perempuan dan lelaki, lagu2 yang di bawa tidak begitu masuk ke hati, tak syar’ ie dan macam-macam lagi.
          Sebenarnya setiap sesuatu itu haruslah bermula dengan niat kalau niat kita baik maka baiklah hasilnya kalau buruk maka buruklah hasilnya. Terus terang penulis katakan tujuan penulis adalah untuk mengetahui suasana sebenar program seperti ini serta melihat sejauh mana program2 islamik di u ni menjadi saluran dakwah buat semua student dengan betul2 berkesan .
             selain itu penulis juga ingin meninjau penerimaan para pelajar tentang program nasyid sama ada mereka menerima dari sudut apa dan bagaimana. Penulis ingin berada di lapangan masyarakat agar dapat lebih memahami apa yang berlaku kalau penulis tak pergi bagaimana nak tahu dan memahami apa perkara yang berlaku di kalangan masyarakat terutamanya masyarakat islam sendiri. Ingatkan tunggu sampai habis tapi keadaan masih sama seperti sebelumnya jadi semasa persembahan artis penulis bersama sahabat baik meninggalkan dewan tersebut.
               Sekali lagi terus terang penulis katakan program sebegini lebih bagus dari kebanyakan program program lagha yang ada di u ni. Tahniah kepada sesiapa yang terlibat menjayakan program ini. TETAPI program sebegini juga agak tidak berkenan di hati kerana adanya unsur unsur lagha tanpa kita sedari yang sebenarnya boleh menjadi racun dalam kehidupan seharian

Jadi di sini penulis ingin meletakkan pro dan kontra yang ada pada program seperti ini.

Pro
Menyampaikan dakwah melalui lagu yang disampaikan
Menyedarkan student bahawa dalam islam juga adanya hiburan

Kontra
Campuran antara lelaki dan perempuan
Lagu yang kurang dihayati maksudnya oleh penonton
Lelaki bersolek berlebih lebihan, boleh ke?
Tepukan dan sorakan seolah-olah pertandingan karaoke.
Penggunaan gitar seolah olah pertandingan antara band.

Ini sekadar pandangan dangkal dari penulis , mungkin anda semua ada pandangan lain jadi NYATAKAN PANDANGAN ANDA KITA TENGOK YANG BAIK ATAU YANG BURUK LAGI BANYAK

Sunday, February 15, 2009

MUSLIMS ARE FUNDAMENTALISTS AND TERRORISTS

Question:

Why are most of the Muslims fundamentalists and terrorists?

Answer:

This question is often hurled at Muslims, either directly or indirectly, during any discussion on religion or world affairs. Muslim stereotypes are perpetuated in every form of the media accompanied by gross misinformation about Islam and Muslims. In fact, such misinformation and false propaganda often leads to discrimination and acts of violence against Muslims. A case in point is the anti-Muslim campaign in the American media following the Oklahoma bomb blast, where the press was quick to declare a ‘Middle Eastern conspiracy’ behind the attack. The culprit was later identified as a soldier from the American Armed Forces.

Let us analyze this allegation of ‘fundamentalism’ and ‘terrorism’:


1. Definition of the word ‘fundamentalist’

A fundamentalist is a person who follows and adheres to the fundamentals of the doctrine or theory he is following. For a person to be a good doctor, he should know, follow, and practise the fundamentals of medicine. In other words, he should be a fundamentalist in the field of medicine. For a person to be a good mathematician, he should know, follow and practise the fundamentals of mathematics. He should be a fundamentalist in the field of mathematics. For a person to be a good scientist, he should know, follow and practise the fundamentals of science. He should be a fundamentalist in the field of science.


2. Not all ‘fundamentalists’ are the same

One cannot paint all fundamentalists with the same brush. One cannot categorize all fundamentalists as either good or bad. Such a categorization of any fund amentalist will depend upon the field or activity in which he is a fundamentalist. A fundamentalist robber or thief causes harm to society and is therefore undesirable. A fundamentalist doctor, on the other hand, benefits society and earns much respect.


3. I am proud to be a Muslim fundamentalist

I am a fundamentalist Muslim who, by the grace of Allah, knows, follows and strives to practise the fundamentals of Islam. A true Muslim does not shy away from being a fundamentalist. I am proud to be a fundamentalist Muslim because, I know that the fundamentals of Islam are beneficial to humanity and the whole world. There is not a single fundamental of Islam that causes harm or is against the interests of the human race as a whole. Many people harbour misconceptions about Islam and consider several teachings of Islam to be unfair or improper. This is due to insufficient and incorrect knowledge of Islam. If one critically analyzes the teachings of Islam with an open mind, one cannot escape the fact that Islam is full of benefits both at the individual and collective levels.


4. Dictionary meaning of the word ‘fundamentalist’

According to Webster’s dictionary ‘fundamentalism’ was a movement in American Protestanism that arose in the earlier part of the 20th century. It was a reaction to modernism, and stressed the infallibility of the Bible, not only in matters of faith and morals but also as a literal historical record. It stressed on belief in the Bible as the literal word of God. Thus fundamentalism was a word initially used for a group of Christians who believed that the Bible was the verbatim word of God without any errors and mistakes.

According to the Oxford dictionary ‘fundamentalism’ means ‘strict maintenance of ancient or fundamental doctrines of any religion, especially Islam’.

Today the moment a person uses the word fundamentalist he thinks of a Muslim who is a terrorist.


5. Every Muslim should be a terrorist

Every Muslim should be a terrorist. A terrorist is a person who causes terror. The moment a robber sees a policeman he is terrified. A policeman is a terrorist for the robber. Similarly every Muslim should be a terrorist for the antisocial elements of society, such as thieves, dacoits and rapists. Whenever such an anti-social element sees a Muslim, he should be terrified. It is true that the word ‘terrorist’ is generally used for a person who causes terror among the common people. But a true Muslim should only be a terrorist to selective people i.e. anti-social elements, and not to the common innocent people. In fact a Muslim should be a source of peace for innocent people.


6. Different labels given to the same individual for the same action, i.e. ‘terrorist’ and ‘patriot’

Before India achieved independence from British rule, some freedom fighters of India who did not subscribe to non-violence were labeled as terrorists by the British government. The same individuals have been lauded by Indians for the same activities and hailed as ‘patriots’. Thus two different labels have been given to the same people for the same set of actions. One is calling him a terrorist while the other is calling him a patriot. Those who believed that Britain had a right to rule over India called these people terrorists, while those who were of the view that Britain had no right to rule India called them patriots and freedom fighters.

It is therefore important that before a person is judged, he is given a fair hearing. Both sides of the argument should be heard, the situation should be analyzed, and the reason and the intention of the person should be taken into account, and then the person can be judged accordingly.


7. Islam means peace

Islam is derived from the word ‘salaam’ which means peace. It is a religion of peace whose fundamentals teach its followers to maintain and promote peace throughout the world.

Thus every Muslim should be a fundamentalist i.e. he should follow the fundamentals of the Religion of Peace: Islam. He should be a terrorist only towards the antisocial elements in order to promote peace and justice in the society.

sedarlah aku dari lamunan


                     selepas pulang dari membeli sedikit barang perniagaan, aku pulang ke rumah dengan harapan agar bidang akan aku jalani selepas ini akan berjaya, tiba2 teringat  kak wan yang akan pergi practikal tak lama lagi, sayu hati memikirkannya, lepas ni banyak la yang kena survive sendiri. dalam hati aku merintih , kak wan janganla pergi kami masih perlukan akak untuk berada di sini ..beberapa minit kemudian kami pun sampai di rumah. semalam aku mendapat mesej tentang mesyuarat yang akan diadakan pukul 2.30 ini. jadi untuk menjimatkan masa aku pun stay di rumah sementara menunggu pukul 2.30.sekarang baru pukul 2.00 ,aku diminta oleh k. nur untuk menghantar mee laksa dan telur ke gerai , mungkin dia kepenatan agaknya. lantas aku pun pergi dengan menaiki motornya,,,,,,,sibuk menyusun kedudukan sepapan telur dan seplastik mee laksa sehingga terlupa membaca doa.

aku meneruskan perjalanan dengan membawa motor secara perlahan , yela kan jatuh nanti susah pulak, keadaan seperti biasa sampailah selepas melepasi pak guard. aku melalui bonggol jalan di simpang kc entah kenape aku terfikir aku akan jatuh dan dalam masa yang same aku terfikir benda lain , benda apa aku tak ingatla..tiba2 aku gagal mengawal handle motor dan perkara yang aku jangkakan benar2 berlaku , aku melanggar tebing jalan dan terjatuh, mujurlah tidak cedera parah , hanya lututku yang cedera, habislah koyak seluar kesayangan, takpelah Allah ganti yang lagi cantik ye deeja.

lepas tu kembara dan sebuah motor di belakangku berhenti . seorang daripadanya mengangkatkan motorku, aduh malunya telur2 pecah membasahi seluar dan baju dan sandle. dalam hati aku berkata, pergila korang semua. lepas tu yang membawak motor tu pun tolong aku bawak mee laksa ke gerai.dalam sakit2 lutut aku kuatkan hati tuk bawak motor, selama ni aku igt tak boleh bawak motor dengan satu tangan , rupa2nya boleh lame jgkla aku bwk dengan satu tangan dan tangan satu lagi memegang luka pedihnya terasa hingga sekarang. 

sampai ke tempat itu , adalah beberapa sahabat yang membantu , dan air mata aku pun keluar kerana menahan pedih itu, apela aku ni , lepas tu meraung raung bila air dicucuri di luka , aduh pedihnya .

           pengajaran, jangan lupa membaca doa sebelum naik kenderaan , jangan berangan.
aku dah lama tak kemalangan ,kemalangan mase belajar kete motor mase tu adelah, dahla langgar kete orang tengah belaja, jatuhkan moto mase naik titi,sampaikan pakcik yang ngajar tu pun dah tak suka kat kat aku agaknye,oh ye aku jgk dah jatuhkan motor orang kat padang hari tu , tapi tiga tiga tu aku tak cedera kali ni allah bagi aku peluang tuk rasa kecederaan yang sedikit , manelah tau lepas ni lebih besar pulak allah nak duga , mudah-mudahan tidaklah kan.

Friday, February 13, 2009

Buat Diriku Dan Sahabat sahabat Seperjuangan



katanya kau seorang pejuang,

tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang,

tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang,

tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang,

cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang,

kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang,

kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang,

tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang,

kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang,

mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang,

ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang,

kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang,

berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang,

tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang,

tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang,

hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang,

kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang,

kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang,

kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang,

kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang,


dipetik dari mujahid sufi

say no to VALENTINE!!!!


VALENTINE?
baru je malam tadi pmi wat program dakwah kat kampus , kami berkumpul sebelum tu kat k6 ,, wah3 kolej ku yang tercinta ,huhu.


ape2pun say no to valentine .
bukan valentine je hari2 lain pun jangan berdating ye.
kalau dah takde care lain nak putuskan couple ni , kahwin sajela ye, lagi baik,
takpun berpuasala tuk ikat nafsu.

lagipun tak ke mana nye couple tu, kalau kahwin dah sah la jd suami isteri , tapi couple lom tentu lagi depa jd isteri or suami hang.

couple???
sorry buang mase,banyak lagi keje nak wat.

salam.....

Thursday, February 12, 2009

kebenaran itu pahit untuk ditelan

kita merasakan bahawa kita sudah cukup bagus?tapi kita sebenarnya hanyalah orang2 sangat kerdil di sisi allah. kita ni allah tak ukur sebanyak mana harta kita, sebanyak mana kereta kita, sebanyak mana pngk kita, atau sebanyak mana orang2 yang suka pada kita ...
sahabat2 kita ni sama ja di sisi allah . tapi apa yang membezakan sesama kita adalah ketaqwaan yang sedikit pun tidak dapat dihitung oleh manusia hanya allah yang mengetahui.

di sini penulis ingin menyatakan kekesalan terhadap fenomena2 yang berlaku akhir2 ini, tidak cukup dengan isu luar, isu di dalam kampus pula hangat diperkatakan. malam tadi bangkitlah sahabat2 pro m menyatakan kebenaran yang sememangnya benar, hanya yang tidak bermaruah sahaja akan membuat seperti tiada apa yang berlaku, hanya yang tidak bermaruah sahaja yang mengikut kesekongkolan yang ingin menutup keaiban sesetengah pihak, hanya yang tidak bermaruah sahaja yang akan menggunakan duit orang lain tanpa izin secara sesuka hati dan orang itu telah berdosa besar, ingatlah pada siapa yang tidak bermaruah itu and telah di cop satu cop rasmi berwarna hitam di hati anda.

sahabat2 mahasiswa yang dikasihi, kita hamba allah, hidup di muka bumi ni sebagai khalifah yang ingin memakmurkan bumi allah ini dan menegakkan hukum allah. tapi kalau kita dah lari dari tujuan hidup kita yang sebenar, siapa lagi kita sebenarnya, sedarla sahabat2 jangan mudah dipergunakan, jangan mudah mengikut bagai lembu dicucuk hidung, jangan gadaikan islam kerana wang, jangan gadaikan maruah kerana bangsa, tetapi bergadailah dengan perjuangan untuk mendapat redha allah. kerana lihatlah di pengakhiran hidup kita ke mana matlamat kita, mahasiswa perlu berfikiran jauh sebagai orang yang diiktiraf sebagai orang yang intelektual, bukan sekadar matlamat untuk mendapat pekerjaan yang baik selepas graduasi, tetapi matlamat terakhir dalam hidup kita, matlamat yang lebih dari segala matlamat......


sahabat2 renung2kan dan fikir2 sejenak...
kalau mana yang tidak tahu carilah apa yang sedang berlaku,
seperti kata guru saya don't be like a frog in the toilet.
berada di dalam ruang yang besar , bergelumang dengan rona rona kehidupan tetapi masih terperuk di suatu sudut, tidak mahu mengambil kisah walau busuk, walau wangi toilet itu.

'barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam, maka dia bukanla dari kalangan mereka' hadis nabi s.a.w

Monday, February 9, 2009

Muhasabah untuk Perjuangan

tatapan untuk senaman jiwa,
diriku dan sahabat sekalian...
wahai diriku ....mengertilah

diriku mengertilah ,
dalam sibuk kau membicarakan soal strategi perjuangan ,
dalam sibuk kau menyusun perancangan,
kadangkala kau lupa menyemak kedudukanmu di sisi Zat yang Agung, yang keranaNya kau menyusun, mengatur dan berjihad .
terlupa kau bertanya sejauh mana keikhlasanmu , terlupa kau membelek manhajmu agar ia selari dengan manhaj rabbani yang diturunkan...

diriku.
dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain , kau terlupa membaja taman hatimu sendiri agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah , tersentuh dengan daulatNya , merasa terpikul amanah ad deen ini bukan kerana kau berjamaah , namun kerana engkau di bawah perintahNya.

diriku ,
seringkah kau mencari jalan agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya , agar sentiasa sedar akan keagunganNya , insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu,.....?

diriku ,
ketahuilah, hatimu itu keras , khusyu'mu kurang , syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya , terlalu banyak kurang dan salahmu.

diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu' dan tenang.
muhasabah lah dirimu kala sunyi, selamilah kalam2 al-quran yang kau perjuangkan , padanya ada bekalan untuk kau teus menongkah bahtera perjuangan ini.

diriku ,
pada nawafil dan amalan sunat ada jalan yang hampir
untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu ada bekalnya . pada qiamullail di keheningan malam bersama bisikan doa dan munajatmu , diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasanmu, kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya, di situ ada bekalnya.

lazimilah awal harimu dengan ma'thurat , pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie

diriku,
pada tawadhu'. pada ukhwah fillah , pada infaq fi sabilillah , pada uzlah muhasabah diri,pada zikir dan selawat , ada ketenangan dan kekuatanmu.

diriku,
ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati, hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit apatah lagi hati yang mati.

diriku,
amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan tuhanmu namun rasailah kekerdilan dirimu di hadapan kudrat dan iradatnya.........

antara sejarah dan hari ini

antara sejarah hang tuah dan hang jebat
siapa yang tahu kebenarannya ?
siapa yang tahu menilai antara yang benar2 benar atau yg benar tapi salah
di sini kita boleh mengkaji kesan2 peristiwa.di mana bagi penulis org yg betul2 berfikiran rasional sahaja yang menganggap bahawa dalam hal ini jebat adalah hero atau wira. sebenarnya hal ini bersangkut paut dengan akidah sebagai umat islam. tidak boleh bagi seseorang itu terlalu mengagung-agungkan pemerintah sehingga sanggup melanggar syariat, persoalannya kenapa Hang Tuah membunuh Hang Jebat sedangkan Hang tuah tahu Hang Jebat tidak bersalah. Salahkah seseorang mempertahankan sahabatnya yang tidak bersalah? salahkah seseorang mempertahankan kebenaran? agaknya memang lumrah kan, bila mana kebenaran itu memang sukar diterima oleh seseorang, sebenarnya antara kebenaran dan kebatilan sudah jelas, cuma bilamana ada anasir-anasir yg ingin mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri maka ada yang membolak-balikkan kebenaran itu sehingga ramai melihat kebenaran itu salah, tapi yang batil itu benar.
berbalik kepada kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, mungkin ramai yang mengatakan Hang Jebat menderhaka , tetapi wajarkah HangTuah terlalu setia pada raja yang pernah menghukumnya tanpa kesalahannya, Hang Tuah, Hang tuah. Kita memang perlu setia pada pemerintah , tetapi itu selagi mana pemerintah itu dalam keadaan yang telus dan adil.di situlah kita boleh mempraktikkan kata2 " buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. " , jangan jadi orang bodoh. kenapa orang begitu memperkisahkan jika raja yang diderhakai, tetapi bila Allah yang diderhakai, bila raja segala raja diderhakai.. kita diam, takut untuk bertindak takut untuk bersuara. Sejarah ditulis oleh orang yang menang, jebat dah mati, tuah juga dah mati. kita yang masih hidup harus memperbetulkan sejarah. bersabarlah wahai orang yang benar, jika kebenaran kisah tuah dan jebat diketahui selepas seratus tahun , yakinla kebenaran kita pasti akan disedari juga. kerana apa? kerana kebenaran itu mungkin lambat untuk ditegakkan tetapi ia adalah sesuatu yang kekal, manakala kebatilan itu mungkin berpanjangan tapi ia takkan kekal.

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

Wednesday, January 21, 2009

kemenangan yang pasti milik islam


Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
TAKBIRR!!!!!
ALLAHUAKBAR

Monday, January 19, 2009

alhamdulillah

alhamdulillah ... yang terkeluar dari mulutku sejak pengumuman calon yang menang petang tadi .. sebanyak 13 orang calon pro m yang menang dari 18 yang bertanding . menguasai 9 kerusi dari 16 kerusi bebas. segala-galanya adalah kuasa Allah . kita merancang musuh jua merancang tapi perancangan Allah itu maha hebat.
memang selama ini aku tak pernah sangka aku akan sampai jadi begini. bila cuba kufikirkan semula dari segi rupa aku takdela sgt
Mampukah aku menghadapi cabaran di masa akan datang ? aku akan cube dan aku tidak akan mengalah walau macammana letih sekalipun. ape yang amat kuharapkan adalah barakah , keredhaan dan pertolongan dari Allah.

p/s : teringat pesanan seorang ilham "semakin besar jawatan atau commitment kita semakin besar tanggungjawab kita "ana dah melayukan ayat ni. mudah-mudahan aku kuat menghadapi semua ini........amien.

Sunday, January 18, 2009

dari mahasiswa untuk mahasiswa

aku dah geram sangat ingatkan taknak letak pasai prk kat sini , tapi bile teringatkan sahabat2 yang dianiaya, aku mengambil keputusan untuk berbicara akan hal ini . aku tak tau dah nak cakap macammana lagi . kalau antum orang sume nak tahu kezaliman yang berlaku ni, boleh rujuk laman web ni : http://promahasiswaupm.blogspot.com/ . .. sebagai mahasiswa kita seharusnya sedar , tugas kita bukan hanya sebagai student tetapi kita adalah pemangkin kepada pimpinan negara. bukan hanya menjadi ulat buku tupun bagi yang rajin membaca , tapi setahu aku purata bacaan buku seorang mahasiswa setahun menurut sumber yang boleh yang dipercayai hanyalah 4 buah buku sahaja. antum orang sepatutnya sedar , asyik bile masuk universiti sibuk dok kata kemahiran insaniah la soft skill la . so antum orang pun masukla jadi mtm la dan sebagainya . tetapi satu yang antumorang tak sedaq itu bukanla soft skill yang sebenarnya. kerana yang memegang jawatan itu terlalu dimanjai . bayangkan , nak jadi pimpinan, di beri peruntukn beribu-ribu , dipujuk2 . ape kes??
ni kes naya anak orang ni.tapi lumrah hidup di luar lain , bila antumorang nak cari keje nanti antumorang kene buat semua sendiri. ade ke orang yang nak bekerja diberi wang sebelum bekerja??
tak kisahla antumorang dapat 4 plate ke flat ke kondo ke tapi kalau result tu tak diberkati tak guna . bukan aku nak suruh antumorang jgan belajaq . tapi aku nak antumorang tak rigid atau menjadi lembu dicucuk idung. macam lembu bile disuruh makan die makan, bile kenyang die gemuk ha dapatlah tuan die makan die balik.

lagi satu pasai biasiswa or ape yang kite dapat ni kan. jgnla rigid sgt, kate tak tau berterima kasih la tak kenang budi la n ape2 la . tapi antumorang tau dak, rezeki tu adalah ketentuan Allah. kalau Dia tak izinkan org tu memberi kita takkan dapat tau. igtla kuasa mutlak hanya pada Allah. igt suatu sirah nabi Musa a.s , firaun yang membelanya dari kecik , tapi bila dah besar dia dah tau kebenaran ,dia lawan balik firaun tu.

sebagai mahasiswa kita perlu berjiwa besar. walau apa orang buat kat kita, tahan , buktikan keimanan kita pada Allah. kadang2 aku pun rasa lemah, tapi alhamdulillah Allah kurniakan aku sahabat2 dunia akhirat. jadi dekat2 lah diri antumorang dengan orang2 yang beriman ataupun dengan orang2 yang nakkan kebenaran tertegak di bumi allah.

semoga Allah mengampuni dosaku , aminn

Berjuang itu pahit?

Sebelum ni aku hanya mendengar
tapi hari ini aku dapat merasainya
orang kata berjuang tu pahit
dulu aku pernah fikir mana ada pahit tapi
penuh dengan pengajaran tapi kini
aku benar2 tahu bukan mudah untuk kita
berbuat sesuatu yang baru dalam diri kita.
syurga Allah itu sangat seronok dan manis
mudahkah kita nak beli untuk itu dengan
kegembiraan kita di dunia
hidup kita ni adalah sebagai pedagang
di mana kita akhirnya ?
kalau dagangan kita elok, Allah suka
tapi kalau dagangan kita busuk , nerakalah tempat kita.
nauzubillah.

tetapi sebenarnya kalau orang2 yang betul2 inginkan syurga allah
dia takkan mempedulikan kepahitan itu kerana baginya kepahitan
itu belum cukup untuk beli syurga Allah

teringat pesanan seorang Ilham kepadaku "cukuplah
Allah sebaik2 pemelihara dan pelindung".

Thursday, January 15, 2009

SUNNAH BERJUANG

berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid

dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi allah dan rasulnya

berjung tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang

berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang

Tuesday, January 13, 2009

taujihat

Namun, ada orang yang hanya berkata-kata. Kata mereka, mereka hanya gentar kepada Allah tetapi apabila menerima ugutan dan ancaman, mereka menikus takut dan diam membisu 1000 bahasa. Orang ini disebut oleh Allah dalam firman-Nya: "Dan terdapat kalangan manusia yang menyatakan keimanan kepada Allah, tetapi apabila mereka disakiti, mereka merasakaan kesakitan itu seolah-olah setaraf dengan azab Allah”. Mereka ini jugalah yang beria-ia mengumandangkan semangat dan laungan jihad, tetapi apabila diperintahkan kepada mereka untuk berjihad, mereka kelu dan kaku. Sinis Allah: "Wahai orang-orang beriman, kenapa engkau menyatakan perkara yang tidak kamu lakukan” dan "Adakah kamu ingin mengatakan kamu benar-benar beriman walhal kamu belum diuji".

"Wahai kaumku, kita sekarang seolah-olah takutkan apa yang kita inginkan selama ini iaitu anugerah syahid. Ingatlah, kita berperang bukan dengan kita mengandaikan bilangan dan jumlah mereka, juga bukan mengandaikan kekuatan mereka. Sebaliknya kita berjuang tidak lain dan tidak bukan kerana Allah. Maka ayuhlah kita berjihad, di hadapan kita hanya terbentang dua jalan. Sama ada kita mencapai kemenangan atau kita syahid”.--Abdullah bin Rawahah



Kemenangan lahir melalui pemuda-pemuda yang mencukupi dua ciri terpenting, iaitulah keimanan dan ketaqwaan yang tinggi dan kental terhadap Allah dan kesungguhan serta keseriusan serta kerja tanpa putus. Maka, akan terlahirlah hakikat yang kita idamkan, "Menerajui Perubahan Generasi Baru Memimpin Kemenangan”. Takbir 3x!!!

ya allah redhalah akan yang aku lakukan ini . tabahkan hatiku . jgn biar aku menjadi munafik yang hanya pandai berkata-kata tetapi pengecut .

ya allah jadikanlah aku hamba Mu yang berani dalam menegakkan agamamu.

ya allah jadikanlah perjuanganku ini bukan kerana harta, pangkat dan nama tetapi semata-mata keranaMu

Ya Allah jadikan aku istiqomah di atas jalanMu.

ya Allah sesungguhnya redha Mu amat ku rindui....

Saturday, January 10, 2009

jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia


Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan2 padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara2 Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata2 yang di haram kan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang2 Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.

Ikuti temubual terbaru wartawan Pkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.

1- serangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?

Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetkaa paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.

2- pendapat saudara ttg tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel. kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?

Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.

Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.

3 - saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 ? natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekak kan sahaja oleh Israel dah sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?

Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.

Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel dan AS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka di dekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.

4- jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun … bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah ?

Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka menghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.

Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah. Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu. Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…

5-Dengan reputasi OIC yang semakin tercalar, di manakah lagi umat Islam mahu bergantung harap utk menyelesaikan konflik puluhan tahun ini ?

Masyarakat sivil di seluruh dunia Islam perlu bangkit. Jika para ahli politik gagal, pertubuhan2 NGO boleh bersatu dan lakukan sesuatu. Contoh bot-bot yang membawa bantuan seperti yang diusahakan oleh Free Gaza Movement boleh dicontohi. Masyarakat sivil dan pengguna mempunyai kuasa yang kuat untuk memberikan tekanan ekonomi, moral, akademik dan juga melalui media. Jiakalau para aktivis pecinta haiwan boleh memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi, sudah tentu umat Islam yang berbilion ramainya itu boleh menggerakkan sesuatu juga.

6- Fosfurus putih telah di gunakan Israel utk mengebom. Tidakkah ia telah di haramkan penggunaannya. Adakah ia pertama kali digunakan ? atau ada senjata haram lain telah digunakan tetapi tidak mendapat liputan media ?

Tiada istilah haram di dalam kamus Israel. Bagi mereka segalanya adalah harus untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disifatkan sebagai musuh negara haram Israel. Rekod jenayah mereka bukan bermula hari ini. Lihat tulisan Robert Fisk baru-baru ini yang menunjukkan rekod buruk Israel di Lubnan dan Gaza sebelum-sebelum ini. Atau lebih dahsyat lagi di zaman-zaman pre-Israel di mana golongan Irgun dan Haganah telah menyembelih rakyat Palestin demi menubuhkan negara Israel. Sikap kebinatangan ini telah menjadi pilar utama penubuhan negara mereka, ia mengalir di dalam urat nadi setiap penganut faham Zionis.

7- Kenapa saudara menyarankan demo di adakan di hadapan kedutaan Mesir ? Saudara turut menggesa agak di tarik balik para pelajar terutama di Al Azhar Universiiti . TIdakkah ini pandangan yg ekstrim ?

Kita kena realistik. Mengapa Mesir?, kerana Mesir telah menutup pintu sempadan Refah. Tindakan paling realistik ialah membuka pintu sempadan tersebut. Malangnya tiada tekanan terhadap Mubarak untuk membuka pintu sempadan tersebut. Maka tindakan yang agak pro-aktif perlu diusahakan agar Mubarak tahu bahawa masyarakat dunia tidak bersetuju dengan beliau. Saya tidak menyuruh para pelajar itu sendiri yang balik, tetapi negara-negara Islam yang serius terhadap isu ini dan mahukan tindakan yang segera demi menyelamatkan rakyat Palestin…

8-Boikot barangan keluaran Israel adalah mustahil kerana kebanyakan produk2 mereka tumbuh subur di Malaysia, pendapat saudara ?

Benarkah sedemikian? saya tidak pasti apakah barangan Israel yang terdapat di Malaysia. Jika barangan AS saya pasti banyak. Cuma kena dibezakan di antara syarikat yang terlibat membantu Zionis dengan barangan syarikat yang tiada kena mengena dengan Zionis. Walau apapun, apa salahnya kita semarakkan penggunaan barangan tempatan dan negara-negara Islam.
Seperkara lagi, seruan boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti agar semua rakyat dapat bersama dan bukanhya dengan nada hukum. Wajib boikot, haram makan barangan AS dan sebagainya akan menimbulkan kontreversi dan akan dipandang sepi oleh golongan non-Muslim malah oleh para sekularis esktrim.

9-Kenapa George Galloway menjadi tumpuan media dan masyarakat di UK. Apa yang dia telah buat utk Palestin ?

Galloway merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau mewarisi tradisi Tony Ben. Beliau menjadi juru cakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeini, pembela golongan mustadhafin. Kata-kata beliau boleh membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.

10-Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai , kenapa wang bantuan ke Palestin dari Malaysia masih sedikit dan lambat berbanding negara2 lain ? apa masalah sebenarnya ? apa cadangan saudara utk mempercepatkan proses bantuan kemanusiaan ke sana ?

Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan sabit merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.


dipetik dari palestinkini .com

Wednesday, January 7, 2009

lagi berita palestin..

Selasa ,06/01/2009 - 10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.
Sumber dari Qassam menyebut, para pejuangnya berjaya menarik perhatian tentera rejim Zionis mengepung sebuah rumah yang telah di pasang bom peledak. Setelah pasukan rejim mengepung kawasan rumah , pihak pejuang Qassam meledakkan bom.

Pasukan tentera rejim yang lengkap bersenjata yang berada di dalam rumah terperangkap dalam ledakan tersebut. 10 orang dipercayai terbunuh

Pihak Qassam berjanji, tentera rejim Zionis yang telah memasuki Gaza tidak akan pulang dengan selamat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

penterjemah : gunx


DI SAAT INI ALLAH SEDANG MENGUJI SETIAP UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA ,

ADAKAH KITA SEDAR KITA PERLU MELAKUKAN SESUATU ?

WAHAI SAUDARA ISLAM BUATLAH SESUATU SAUDARAKU

BUAT LAH SESUATU YANG MAMPU ANDA LAKUKAN

TANYA DIRI , APA AKU HARUS BUAT !

DEMI ALLAH!

UNTUK PALESTIN !

UNTUK ISLAM !


WAJAH WAJAH MALAYSIA VS WAJAH WAJAH GAZA





VS







Tuesday, January 6, 2009

doa qunut nazilah

anda orang islam?





BOIKOT PRODUK2 DI ATAS.
KALAU ANDA MASIH JUGA MEMBELI
BERERTI ANDA SEBENARNYA TELAH MEMBANTU PEMBELIAN SENJATA API DAN KELENGKAPAN UNTUK MEMBUNUH SAUDARA-SAUDARA ANDA DI PALESTIN.

-UNTUKMU PALESTIN-